Sumber: myMetro
Artikel Oleh: Sharifah Norfaezah Wab Ahmad Makki Mashor.
KUALA LUMPUR: “Memang berbaloi untuk menukar kad pengenalan lama kepada MyKad baru kerana saya tertarik dengan ciri-ciri keselamatan dan ketahanan pada kad ini,” kata Nuraina Ibrahim, 24, ketika menukar kad berkenaan semalam.
Disebabkan faktor itu dia sanggup meluangkan masa cutinya untuk menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menukar MyKad lamanya.
“Tidak dinafikan jika kualiti MyKad yang lama masih dipertikaikan kerana lapisan plastik pada kad itu mudah tertanggal dan didakwa mudah dipalsukan tetapi saya yakin sangat MyKad baru ini mampu mengatasi kelemahan itu,” katanya.
Dia berkata, lagipun kapasiti penyimpanan maklumat yang lebih banyak juga menarik perhatiannya untuk menjadi antara yang terawal memiliki kad pengenalan jenis baru itu.
Tinjauan Harian Metro ke JPN cawangan Shah Alam dan Putrajaya mendapati ramai kakitangan awam dan swasta yang menggunakan kesempatan masa terluang untuk menukar kad pengenalan mereka.
Bagi Erwan Othman, 26, dia terpaksa berulang alik ke JPN dua kali sebelum berjaya menukar kad pengenalannya kerana terlalu ramai yang membuat urusan terbabit.
“Saya berpuas hati dengan kelancaran dan tempoh singkat untuk menukar MyKad baru walaupun terpaksa berulang dua kali ke JPN Shah Alam,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mahu melepaskan peluang menukar MyKad baru kerana padanya ia sangat bermanfaat.
Katanya, buat masa ini mungkin pembukaan kaunter untuk penukaran kad baru itu belum lagi membabitkan semua cawangan JPN, jadi menyebabkan kesesakan.
Joey’s World
P/S: teringin juga nak tukar kepada yang baru nie... :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
No comments:
Post a Comment