Saturday, January 24, 2015

Allah Menjawab Al-Fatihah Di Dalam Solat Kita

SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DLM SOLAT KITA..

Ramai sekali orang yang  membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.

Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ  SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman:
"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU."

■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaaka Na'budu Wa iyyaaka nasta'iin adalah Hak Allah, dan tiga ayat  ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.

■ Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi­Robbil 'Aalamiin". اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rohmaanir-Rohiim", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkan-K­U."

■ Ketika kita mengucapkan "Maaliki yaumiddiin", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU memuja-KU."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaaka na’ budu wa iyyaaka nasta’iin”, اَللّهُ SWT menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinas siroothal mustaqiim, siraathalladziina an’amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim waladdhoolliin.”­ اَللّهُ  menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi).

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ  kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan keampunan kepadanya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

P/S: Sekiranya artikel Ini bermanafaat sila sampaikan kpd sahabat2 kita walaupun satu ayat.
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; "Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada."
(HR. Muslim)

Friday, January 23, 2015

Berkreatif Dalam Bersedekah

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...

13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya... 😊

P/S: Selamat bersedekah.

Tuesday, January 20, 2015

~ONEXOX - Inovasi Pra-Bayar Terkini~

1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik. LOKASI PENGEDAR

3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.

4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat. STATUS AKAUN TEMPOH SAH

5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE

8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS).

10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
Picture
11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX). Sila rujuk terma & syarat DISINI

12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?
Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor premium 1-300). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.

a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>

13. Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.

14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?
Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.

Cara menebus SMS percuma:
a. SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12
b. Melalui SELF CARE


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...