Kredit to: UltrasMalaya.
Lebuhraya karak mula dibina pada tahun 1970 dan mula dibuka pada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menhubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0km. Lebuhraya ini mempunyai 2 terowong dikawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
Antara kemalangan yang paling popular ialah pada 20 Januari 1990, dimana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta.
Jika anda perasan..berhampiran Genting Sempah (berdekatan peniaga lemang) banyak kelihatan lori berhenti (tidur)....dikatakan tidak sah kalau tidak tidur disitu tapi tidak "kena tegur"
Kereta Berhantu Volkswagon Kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong Karak..khabarnya ia akan memotong kereta anda...kemudian ia akan memandu secara perlahan...ada yang berkata jangan dipotong kereta kuning itu...kalau di potong juga.....!!!
Seperkara yang menarik tentang Volkswagon Kuning ini, pernah terjadi pada tahun 1988, dalam satu rancangan perbualan di Radio Era..seorang pemanggil bercerita mengenai kereta ini dari A - Z. Apabila ditanya deejay bertugas tentang dari mana beliau tahu semua tentang ini..maka dengan selamba pemanggil dari Jelapang (Perak) ini berkata bahawa dialah sebenarnya pemandu kereta itu lalu tiba-tiba saja talian terputus...
Kereta Misteri |
Karak - Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di kilometer 35.4 Lebuhraya Karak, berhampira terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari jalan Bentong Lama batu 18, disini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Assistant Komander Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah ataupun kemalangan yg boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. "Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Kalau ada jenayah, mesti ada mangsa di sekitarnya." kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai semasa sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di kilometer 35.4 Lebuhraya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan...
Bagaimanapun usaha unuk menaikkan kereta ini tidak berjaya. Apabila dipertengahan, dua buah kembalik yang berusaha untuk mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Pada ketika itu, kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya .
Ketikakembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib yang sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula. Akhirnya "kereta misteri" ini terpaksa disemadikan semula dibawah jambatan tersebut.
(Sumber dari Kosmo)
Jalan Lama Karak |
- Seorang anggota Polis dikatakan ketika melalui jalan lama ini ternampak banyak kereta parking disatu kawasan ditepi jalan yang gelap gelita tanpa seorang manusia pun disitu. Yang peliknya semua kereta disitu adalah jenis lama tapi masih cantik...apa lagi, terpaksa lah Polis ini sambil pegang pistol merempit sampai Genting Sempah (Petronas).
- Menurut cerita lagi, ramai yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas untuk balik ke K.L. dengan mengikut jalan lama Karak ini. Tetapi sudahnya hampir 80% orang yang lalu disini bukan saja pada waktu tengah malam, tengah hari buta pun akan berpatah balik kerana tidak sanggup menanggung seram!
- Dalam satu cerita lain, pemandu bas disitu pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke Bentong lebih kurang pukul 9malam, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa konduktor bas memberikan tiket. Riuh rendahlah keadaan dalam bas itu kerana ramai penumpang, Bilamana hampir sampai ke Bentong penumpang-penumpang turun disatu kawasan hutan@kampung. Sampai ke stesn Bentong, bila konduktor nak kira duit balik..terkejut kerana begnya penuh dengan daun saja..mana perginya duit tadi??
- Pernah juga terbaca beberapa orang Polis terserempak dengan Rashid Maidin (bekas Ketua Komunis Pahang) sedang bersembahyang beralaskan daun pisang ditepi jalan. Tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maidin sehingga ia selesai sembahyang...dan kemudiannya...hilang!
- Mengikut cerita dan lapuran akhbar, seorang mangsa menghantar isterinya bekerja di Mcdonald di Genting Sempah, dalam perjalanan pulang si suami ini didapati hilang di jalan lama Bentong-Gombak. Dipercayai kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan selama seminggu menyusuri jalan lama itu untuk mencari suaminya. Malangnya tidak berjumpa. Hinggalah sebulan selepas itu, seumpulan orang asli dan polis menjumpai kereta si suami dalam gaung d km 40 Bentong tanpa pemandu didalamnya. Lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia lengkap berbaju melayu tetapi tiada langsung daging manusia pada badan mangsa. Baju melayu masih berkeadaan elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar..tiada langsung kesan kecederaan dan tulang semuanya berkeadaan lengkap.
Tentang Hantu Makan Orang
Joey’s World
P/S: Psssttt...jangan pandang belakang!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70
No comments:
Post a Comment