Sunday, January 15, 2012

Anak Buang Ibu-Bapa..??

"Apalah Nasib Aku Ini..."
Oleh: Dr. Zainur Rasyid Zainuddin. (Islam Itu Indah)
Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah, apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan juga ada yang dibuang ke surau atau masjid.
Kalau dulu, peerkara yang seumpama ini berlaku dikalangann masyarakat Cina terutamanya dikalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular dikalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam sendiri.

Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibu-bapanya ke rumah kebajikan orang-orang tua. Apa lagi apabila anak-anak yang beragama Islam itu  menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan islam yang menjadi pilihan untuk membuang orang tuannya!
Tidakkah mungkin mereka mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiadakah tempat untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Atau mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan mendapat layanan yang terbaik disana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?

Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti..!!
Kasinilah ibu-bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih sayang dan bersabarlah dengan karenah ibu-bapa yang berada di penghujung usia. 
Sesunguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu-bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud Hadits Rasulullah SAW sebagai peringatan kepada kita dalam adab dan berkasih sayang terhadap ibu-bapa.
"Bukankah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati ibu-bapa kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami," (Hadits riwayat Tabrani.)

Dalam Hadits yang lain, Baginda mengatakan perbuatan menderhaka kepada ibu-bapa merupakan maksiat yang akan dibalas dengan segera di dunia ini! 
"Dua kejahatan yang disegerakan pembalasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu-bapa." Hadits riwayat Tarmidzi.)

Joey’s World

P/S:  Ingatlah Saudaraku, Syurgamu kelak adalah pada redha Ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu..!!!!   :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...