Tuesday, December 22, 2015

:: CARA PALING MUDAH NAK BUAT SOLAT TAUBAT ::

Assalamu'alaikum.. Cara paling mudah nak buat Solat Taubat

Kita ni tak lari dari buat dosa.. Dosa nyata dan dosa yg tak nyata.. Bila terbukak je pintu hati dan mula sedar selama ni banyak buat dosa, hati terus rasa nak bertaubat.. Risau kalau esok lusa mati.. Terus tak sempat.. Tapi ada di antara kita tak berapa pandai.. Solat pun sebelum ni kejap buat kejap tak.. Hafal pun mana yg perlu je.. Ni nak buat Solat Taubat, bila bukak buku, ada do'a.. ada Penghulu Istighfar.. ALLaH.. Dah la tak hafal.. Nak baca arab pun tak tahu.. Abes camne?

Takpe.. Ni atok tunjukkan cara Solat Taubat yg paling mudah.. Satu atok nak tekankan.. Kita bila bertaubat, kita tak boleh assume sekali buat, kompom ALLaH terima taubat.. Kena buat selalu.. Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih.. Pastu rajin nak beribadat.. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.. Tanak lagi buat dosa-dosa lama.. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima..

Solat ni elok buat malam-malam.. Sebelum tidur atau sebelum Subuh.. Waktu sunyi malam.. Bunyi cengkerik je ada.. Baru tenang bila nak mintak ampun dgn ALLaH..

Bersihkan diri.. Amek wudhu..
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki)..

Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x

Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”

Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /

AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah.. Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?

Bukan tak boleh baca do'a taubat atau Penghulu Istighfar, tapi kalau nak baca pun masih terkial-kial, camne? Kita nak mintak ampun ni.. Takkan dgn air mata meleleh-leleh tu jugak kita nak refer kertas baca do'a? Guna je do'a bahasa melayu dulu.. Nanti inshaALLaH bila dah istiqomah, baru la upgrade sikit.. Cari do'a bahasa arab..

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.. Camne kita nak bersihkan hati..

InshaALLaH, kalau buat selalu, kita akan rasa beban yg ditanggung tu hilang.. Senang kan?
Satu kita kena ingat, ALLaH Maha Pengampun.. RahmatNya melebihi MurkaNya..

Imam al-Ghazali ada cakap..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Kalau rasa ada manfaat, SHARE ler... Mana tau ada kawan2 kita yg masih mencari2 camne cara nak bertaubat...

P/S: Sekadar Perkongsian.. Semoga Bermanfaat..

Friday, December 18, 2015

~RaHsIa SuRaH YaSSiN Ayat Ke 58 ~

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
P/S: Semoga Bermanfaat..

~ KeLeBiHaN BeSaLaWaT ~

Wajah bercahaya jika berselawat .

Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi sedangdalam perjalanan bermusafir bersama-sama ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia. Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu.

Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya.

"Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits. "Saya ialah Muhamad bin Abdullah." Mengertilah Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itu ialah Rasulullah . Hatinya sungguh gembira."Ya Rasulullah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?" "Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahandamu."

Setelah diizinkan, Rasulullah pun membuka kain yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?"

"Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya.
Tetapi pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya."

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang
maha luas itu,Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah  pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat.

Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah  pernah bersabda: "Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.
Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :
Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.
Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.
Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.
Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.
Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.
Jom kita ramai2 bersalawat.. setiap hari.. setiap masa..
P/S: Semoga bermanfaat.. in shaa Allah..

Saturday, December 12, 2015

~ Nak Buat Duit Dengan Handphone? ~

Assalamualaikum tuan/puan,
Nama saya ialah Zulkarnain Mohamad, saya adalah agen penjual simkad ToneExcel. Saya ingin mempelawa kepada tuan/puan untuk menjadi pengguna simkad ToneExcel. Simkad ini
berfungsi seperti simkad yg lain boleh call/sms/whatsapp/facebook dan berinternet.Ia menggunakan line dari TuneTalk dan menggunakan prasarana dan kawasan penerimaan line dari
Celcom. Harga sekeping simkad ini adalah RM95.40 dimana didalamnya sudah ada kredit RM30 dan 1G data internet utk sebulan. Charge panggilan adalah 28 sen/minit dan sms 10
sen/minit. Tambah nilai (topup TalkTalk) ada dijual dimana2 kedai seluruh negara termasuk online e-banking, seperti maybank2u, cimbclick, paypal yang memudahkan anda tambah nilai
tanpa perlu keluar rumah. Malah ToneExcel juga memberikan sistem autoreload, jadi langsung tak perlu fikir nak topup atau bayar bil.

Anda akan mendapat beberapa kelebihan yang unik sekiranya anda menjadi pengguna simkad ToneExcel. Diantaranya:
1. Satu kajian mendapati charge simkad ToneExcel diantara yang terendah di negara kita, kerana ia menggunakan satu charge flat rate sahaja, tiada kos2 tersembunyi.
2. Setiap penggunaan topup telefon yang jumlahnya melebihi RM50 dalam tempoh sebulan, akan diberikan perlindungan insuran kemalangan PERCUMA sebanyak RM100,000 pada
bulan hadapannya. (Bergantung pada terma dan syarat).
3. Jika anda tambah nilai RM30, anda akan dapat kredit RM30 ditambah dengan 1G data PERCUMA selama sebulan.
4. Jika anda tambah nilai RM50, anda akan dapat kredit RM50 ditambah dengan kredit PERCUMA sebanyak RM20.
5. Setiap kali anda tambah nilai, anda akan mendapat point dimana point2 tersebut anda boleh tukar dengan PERCUMA tiket kapal terbang, tukar ke handphone, tukar ke tiket wayang
dan untuk Tune Hotel.
6. Setiap bulan akan ada pemenang cabutan bertuah yang hadiahnya adalah PERCUMA berupa wang ringgit.
7. Setiap tahun akan ada cabutan bertuah yang hadiahnya adalah PERCUMA berupa kereta dan wang ringgit yang besar.
8. Setiap tahun akan ada cabutan bertuah untuk anda pergi melancong keluarg negara yang dibiayai sepenuhnya oleh ToneExcel secara PERCUMA.
9. Jika anda membantu untuk mempromosikan simkad ini kepada orang lain, jika dia jadi pengguna simkad ToneExcel ini, maka anda akan mendapat wang secara PERCUMA
sebanyak RM20, dan setiap kali pelanggan tersebut tambah nilai, anda akan mendapat 6% dari nilai topup mereka. Kalau dia pakai simkad tersebut selama 5 tahun, maka selama itu
anda akan mendapat 6% dari nilai topup mereka. Komisyen2 ini akan dimasukkan sebulan sekali terus kedalam akaun bank anda.

Jika anda berminat untuk menjadi pengguna simkad toneExcel, sila add saya di facebook zulkarnain TE Atau sms/whatsapp ke talian 011-18687571
Saya akan tunjukkan jalannya..

Friday, December 11, 2015

~ Lepas Ni Jangan Lewatkan Solat Lagi..OK! ~

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!!

Assalamualaikum..
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan mengalami masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain 'jaga daripada tidur'. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning yang menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati  yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang betkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah diperut dan hilang sifat cerianya. Orang yang sedang sakit perut selalunya ceria tak?

WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu maduknya waktu Asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dann testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Adar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau diwaktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur petang laa tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Subur dan sihat? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri kepada kepada frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu laa) kerana banyak interference (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu betada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur Delta dimana keseluruhan sistem berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar Pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiyammulail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam kedalam sistem tubuh-badan. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di kurniakan syariat Solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan lagi bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita baha Allah S.W.T. mewajibkan solat keatas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memetlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
P/S: Semoga bermanfaat.. In Shaa Allah...

~ KeNaPa TeLiNgA BeRdEsInG ~

KenapaTelinga Berdesing

“TELINGA BERDESING” Adalah Panggilan Baginda Nabi MUHAMMAD Sholallohu Alaihi Wasallam

Banyak orang bertanya kenapa terkadang telinga bersuara “Nging” ?
Apa sebab musababnya, karena musababnya ada yang mengatakan dengan tidak berpedoman, bertahayul dan sangkaan buruk terhadap hal itu?

Sesungguhnya suara “NGING” dalam telinga, itu ialah Sayyidina Rosululloh Saw sedang menyebut orang yang telinganya bersuara “NGING” dalam perkumpulan yang tertinggi (malail a’laa) dan supaya ia ingat pada sayyidina rosululloh Saw dan membaca sholawat.-

Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab ( AZIZI ‘ALA JAMI’USH SHAGHIR)
“Jika telinga salah seorang kalian berdengung(nging) maka hendaklah ia mengingat aku (Sayyidina Rosululloh Saw) dan membaca sholawat kepadaku.Serta mengucapkan “DZAKARALLOHU MAN DZAKARONII BIKHOIR”; (artinya, Alloh ta’ala akan mengingat yang mengingatku dengan kebaikan)”.

Imam Nawawi berkata : Sesungguhnya telinga itu berdengung Hanya ketika datang berita baik ke Ruh.Bahwa sayyidina Rosululloh Saw telah menyebutkan orang ( pemilik telinga yang berdengung”Nging”) tersebut dengan kebaikan di al mala’al a’la (majlis tertinggi) di alam ruh.

Berdasarkan keterangan tersebut, maka dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing/berdengung merupakan suatu isyarat dan peringatan dari Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh Allah SWT itu, tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

Manakala Iman Al-Manawi pula berkata; "Sesungguhnya telinga itu berdengung ketika datang berita baik ke roh, iaitu Rasulullah SAW telah menyebut nama orang tersebut dengan kebaikan pada al-malail 'ala *kumpulan tertinggi* di alam roh", supaya ia ingat kepada Rasulullah dan berselawat kepada baginda. Ada juga yang berpendapat bahawa telinga berdesing kerana gugurnya daun yang melambangkan roh manusia di Luh Mahfuz. Telinga berdesing apabila ada daun yang lain gugur, tandanya seseorang telah meninggal dan daunnya terkena pada daun kita. Wallahua'lam.

Selain itu ada juga yang berpendapat; syaitan sedang membisikkan perkara buruk di telinga. Disarankan supaya membaca a'uzubillah *sampai habis* 3x dan hembus pada tangan yang digengam dan tekupkan pada telinga yang berdesing. Ada juga yang mengatakan ia adalah deria keenam atau sixth sense. Apa pun, kesimpulannya, telinga berdesing boleh jadi merupakan suatu tanda masalah kesihatan atau suatu kejadian atau isyarat ghaib yang hanya Allah saja mengetahui rahsianya. Sebagai umat baginda Rasulullah SAW dan hamba Allah SWT, kita memang diajar supaya sentiasa berselawat kepada baginda dan memperbaiki serta memperbanyakkan amalan yang mendekatkan kita pada-Nya. Alhamdulillah, Insha Allah, terima kasih Allah...

P/S: Sejak kebelakangan ini memang selalu jugak telinga ni berdesing.. aduhaii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...