Kredit to: Fahme_skeen
Genting Highland atau Tanah Tinggi Gentingadalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat peranginan/penginapan dalam satu kawasan seeperti First World, Resort Hotel, Highland Hotel dan Theme Park Resort. Genting berada diparas 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita sampai kepuncak ini; bas, teksi dan kereta kabel/gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang berminat sangat naik ke Genting ni sebenarnya ada 2 sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan keduanya ialah kedua majoritinya adalah untuk pergi berjudi ke kasino. Mana taknya, Kasino Genting memenangi anugerah World's Leading Casino Award, World Travel Award 2005, 2007, 2008, 2009, 2010, Asia's Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010.
Jadi segala Misteri dan Seramnya bermula disini..menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private dalam kasino ini khas untuk VVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan didalamnya terletak sekuntum bunga teratai emas. Teratai emas seolah-olah menjadi tukang tilik nasib bagi semua mereka yang datang berjudi disini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang, jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke kasino. Katanya didalam bilik ini juga terdapat sami-sami yg berjaga disitu. Apa kes perlu semua sami itu? Sebab ramai orang dikatakan membawa "belaan/makhluk" untuk memberikan mereka kemenangan. Jadi semua "belaan" ini akan disekat di pintu masuk kasino oleh sami=sami ini.
Satu lagi, terdapat tempat letak kereta yang berada di selekoh yang berdekatan Genting, dikatan tempat letak kereta mereka yang membawa "belaan" kerana di atas sana semua "belaan" ini akan dikesan oleh pihak genting. Jadi semua "belaan" akan terpaksa tinggal disitu. Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapapun membawa "belaan" mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini kisah kasino dan tempat letak kereta di Genting, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapui di Genting.
1. AMBER COURT.
Ini adalah tempat yang paling menakutkan dan ramai orang cerita di ganggu di kawasan ini. Sungguhpun mereka yang menginap di First World Hotel dan mengadap ke Amber Court ini pun pernah turut di ganggu! Dikatakan juga ada terdapat satu bilik private seperti di kasino dimana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, pihak pengurusan ada mengingatkan pengunjung supaya menghindari bilik-bilik ini. Tetapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah:
Bagaimana gangguan-gangguan itu terjadi:
- tv terpadam dan terbuka sendiri
- bunyi orang sedang bertukang pada tengah malam.
- perempuan mengilai
- suara budak kecil menangis
- perempuan memanggil penginap dari luar pintu
- bunyi tapak kasut orang berjalan
- pintu diketuk
- selalu terasa diperhatikan
Di antara pengalaman penghuni disana:
Cerita 1.
"Amber Court dan Billion Court memang berhantu. Member aku kena kacau dengan Ju-On kat situ. Dia mencangkung masa member aku tengah mandi. Staff Genting sendiri pun kata tempat tu memang berhantu. Aku tengah tidur, tetiba tingkap bilik di ketuk bertalu-talu..aku punyalaa takut.. Mulanya malu nak kecoh..segan dengan room mate aku..lama-lama hilang malu..takut punya pasal..ak nangis sampai member aku terjaga..bila sama-sama dah takut..dua-dua menjerit..lama kelamaan baru gangguan hilang dengan sendirinya....."
Cerita 2.
"Aku nak citer pasal Amber Court ni..bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana..tapi kat bawah jer laa..memang sunyi betul tempat tu..sampai jer parking terus lepak kat tempat duduk bawah lampu kat depan hotel tu..baru jer beberapa mini lepak dengan member kat situ..dah dengar satu suara jeritan dari bawah parking pastu datang pulak satu pekikan terlolong dari tingkat ataass sekali...aku belah masuk terus dalm kereta..tapi member-member aku rileks jer...macam dalam filem jer bunyi-bunyi tu...kalau korng nak tahu lanjut..datang laa lepak kat situ malam-malam pastu sembang pulak ngan pak guard kat situ..ha ha ha..nanti macam-macam laa dia citer nanti...kalau nak tahu kat situ laa sebenarnya tempat orang bunuh diri..!"
2. APARTMENT RIA.
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mengkin menjadi sebab kenapa tempat ini berhantu:
"Kononnya dalam bilik tu adah seorang lelaki Cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-ngelar badannya dan kemudian menggantung dirinya di tengah-tengah rumah tersebut....setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang pernah terserempak dengan jelmaan lelaki cina tersebut dalam keadaan badan berlumuran darah...memang menyeramkan suasana keaaan didalam bilik hotel tersebut. Sehingga kini bilik hotel tersebut tidak pernah dibuka malah di palang dengan kayu. Kalau ada dikalangan anda yang pernah menghuni hotel tersebut pasti anda akan perasan ada satu pintu bilik yang di palang dengan kayu..."
Ini diantara kejadian yang berlaku disini:
- bunyi seperti orang sdang berpindah rumah
- bunyi "Ting" seperti mikrowave oven sudah panas
- bunyi seperti lesung di tumbuk
- bunyi seperti lif selalu terbuka (bila di tengok..tak terbuka pun)
- ada masa-masa lif akan berhenti dengan sendiri di tingkat-tingkat tertentu..kekadang pintu dah tutup boleh tebuka balik (kalau nasib tak baik..boleh laa nampak apa yg patut...)
- terasa di perhatikan dari sudut penjuru bilik
- ada "orang lain" dalam apartment
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
"Hiiish..Apartment Ria ni memang ada sesuatu...kat sume penjuru pun rasa scary jer..dia punya bilik pun seram gak...ada sekali masuk bilik ni (1 unit 2 bilik) sebelum x rase apepun normal jer...skali nak masuk bilik tu nak amik bantal..tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jer..cam ada benda jer dalam bilik tu..pas tu malam pulak ada bunyi ting macam bunyi oven dah panas"
3. FIRST WORLD HOTEL
Ini hotel yang pernah menjadi hotel terbesar di dunia sebelum ini..Setakat ini Penulis sendiri telah lebih 20 kali tinggal di sini tetapi belum pernah mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan. Tapi ramai juga yang telah di ganggu di situ. Diantaranya:
- ada orang berjalan diatas katil, memang terasa tilam seperti di pijak dan terdengar bunyinya sekali
- darah keluar dari tingkat atas, nampak menerusi cermin tingkap
- kelibat wanita berambut panjang mengurai di dalam bilik
- tv terbuka sendiri tanpa siaran
Ini antara pengalaman yang diceritakan kepada penulis:
"Kat First World pun seram jugak dengar member aku cerita..ada pompuan rambut panjang mengurai dok tunggu tepi katil..tu yg diaorng citer laa...aku pun ada juga stay kat 1st world lat 2 years..x ingat tower brapa...lepas penat kat theme park dia...so kita orang makas nak & stay sana malam tu...malam tu aku x boleh tido rasa macam ada orang usha ajer aku baring..past tu mcm dengar bunyi tv on (bunyi yg takde siaran tu) padahal aku dah off dah tv tu...membe aku dah selamat dengko kat katil sebelah..aku rasa tido pun macam buka mata sampai pagi...sunyi sepi Genting tu kalau tengah malm!"
4,\. CRADLE ROCK
Tempat ini juga dikatakan agak keras, ini ceritanya:
Budak Genting panggil tempat ni "Batu Berayun" sebab kedudukan batu macam tergantung..alaa korang mesti perasa punya kalau pergi sana..sebab tempat tu tepi jalan jer..kat situ selalu jugak ada budak kena sebab merendek kat situ..depa kata kat tempat tu ada kes suicide..tapi dah lama dah...membe aku pun kene kat situ...dia gi jalan-jalan malam laa time tu..dia ni lepas keje selalu gi jalan-jalan kat area tu...ada satu malam nasib tak baik laa agaknya..nampak laa bende tu..nampak cam pompuan nangis-nangia kat situ..ingat nak tolong...pegi laa tanya..makin lama makin kuat pulak nangisnya...dari nangis tukar jadi ngilai kuat pulak...nasib baik kira membe aku ni kuat gak...slow-slow dia belah..besok demam gak laa dia 2 hari..."
Joey’s World
P/S: So..apa pendapat anda semua..?? :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70