Sunday, November 13, 2011

~Kehidupan Manusia Sombong Sia-Sia & Hilang Harga Diri~

Sumber: Berita Harian.
Sombong adalah sifat yang sering melanda masyarakat kita yang berpunca daripada kurangnya penghayatan asas Agama dalam kehidupan sekaligus mengakibatkan keinsafan terhapus dari dalam jiwa mereka. Mereka yang memiliki sifat yang sombong menganggap diri mereka melebihi segala-galanyadengan merendahkan dan meremehkan orang lain.
 Sifat sombong seharusnya perlu segera disngkirkan dari dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah SAW menjelaskan yang bermakud:
 Takbur itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.”- (Hadis Riwayat Muslim)
Kita juga biasa mendengar orang yang enggan menerima nasihat dan teguran malah sanggup pula mencerca orang yang memberi nasihat. Seharusnya kita berterima kasih jika dinasihati dan menghargai teguran yang pasti membawa kepada kebenaran dan tidak terus berada dalam kealpaan.

“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Surah Luqman

Ada juga yang berbangga dengan kecantikan, kedudukan serta kekayaan sehingga terlupa semua itu kurniaan Allah SWT yang wajib disyukuri. Bukannkah ini menunjukkan kesombongan hati orang yang kufur kepada nikmat Allah SWT yang pasti mendapat pembalasan setimpal daripada-Nya kelak!
Disamping itu ada lagi yang hanya mahu bergaul dan berkawan hanya dengan golongan yang setaraf dengannya, tidak pernah memikirkan kesusahan orang lain kecuali mementingkan diri serta keluarga sendiri semata-mata. Tingkah laku seumpama ini sudah jauh tergelincir daripada ajaran Islam yang menekannkan persamaan taraf, persaudaraan sesama muslim dan semangat tolong menolong.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kalian kepa Allah, sesunggunya Allah amat keras siksa-Nya.”- (Surah Al Ma’idah, Ayat 12)

Apabila kita membaca kita membaca kisah Qarun, dia menjadi sombong terhadap Allah swt kerana kekayaan yang dimilikinya. Beliau terlena dan alpa dalam gemerlapnya harta kekayaan dimilikinya sehingga sanggup berkata begitu takbur. Kisah Qarun itu terakam didalam ayat bermaksud:
“Qarun berkata: Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku dan adakah ia tidak mengetahui, bahawa Allah membinasakan umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta dan tidaklah perlu ditanya kepada orang berdosa itu, mengenai dosa mereka.”- (Surah Al-Qasas, Ayat 78)

Kita harus menerima hakikat orang yang sombong selalu diliputi kekurangan dan kelemahan menyebabkan hidupnya mundur.  Orang yang sombong akan berasa dirinya serba cukup dan sempurna, tidak perlu lagi muhasabah diri atau menerima nasihat.  Akhirnya tinggallah dia didalam kekurangan dan  sia-sia seperti  maksud firman AllahSWT:

“Katakanlah, Apakah akan kami beritahukan kepadamu mengenai orang yang paling rugi perbuatannya? Iaiutu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya.”-(Surah Al-Kahfi, Ayat 103-104)

Disamping itu, bersifat sombong juga akan dipulau masyarakat dan lebih malang lagi dibenci serta dimurkai Allah SWT. Di akhirat nanti akan dimasukkan kedalam neraka bersama orang yang sombong seperti Abu Lahab, Qarun, Firaun, Iblis dan lain-lain.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” –(Surah Luqman,Ayat 18)

Oleh itu, setiap Muslim hendaklah selalu berusaha mengikis seboleh-bolehnya sifat  sombong dan selalulah ingat kepada Allah SWT (Zikrullah), mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya, Zuhud dengan dunia, serta insaf kepada kejadian diri yang lemah dan tidak lupa meminta pertolongan kepada Allah SWT.

Joey’s World

P/S:  Sama-samalah kita jauhi sifat sombong ini dari diri kita..Insyaallah.. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Jadikan Handphone anda sebagai mesin jana wang!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...