Gambar Hiasan |
Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysiasehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.
Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):
Gaji: RM2,000 sebulan
Perbelanjaan:
- Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
- Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
- Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
- Makan dan minum RM500
- Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
- Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
- Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
- Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
- Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
- Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)
Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkangaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.
Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:
Personaliti
Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.
Pengaruh persekitaran
Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.
Promosi
Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.
Pujian dan perasan
Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!
Tidak cukup duit
Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti,
P/S: Tepuk dada tanya selera..... :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Jadikan Handphone anda sebagai mesin jana wang!
http://toneexcel.biz/index-php?id=41285
No comments:
Post a Comment