Saturday, April 14, 2012

~ Masalah Jika Terlalu Lama Mengadap Komputer ~

sekadar gambar hiasan
Pada mereka yang selalu menggunakan komputer atau laptop atau h yang sememangnya kerja seharian mereka memerlukannya mengadap komputer lebih dari 12 jam sehari, berhati-hatilah kerana mungkin akan mengalami masalah CVS atau Computer Vision Syndrome atau Sindrom Penglihatan Komputer. CVS ini menjadi satu masalah besar pekerjaan kerana ia menghabiskan banyak belanja. CVS iuni dialami oleh pengguna komputer yang disebabkan oleh monitor.

Mereka yang mengalami CVS ini akan mangalami simptom-simptom seperti mata pedih, nyeri kepala dan organ-organ yang lain yang kerap digunakan semasa bekerja dihadapan komputer. Kemungkinan simptom ini adalah keranaterlalu lama mengadap monitor komputer. CVS ini juga akan menyebabkan mata merah dan kering atau bagi mereka yang memakai kanta mata lekap mereka akan merasa mata pedih, berair, kering dan tidak selesa terutama bekerja di bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

Selain itu mereka juga akan menrasa nyeri pada leher atau punggung  akibat posisi duduk yang salah seperti selalu membongkok atau duduk yang tidak betul. Biasanya dilakukan apabila menaip dihadapan komputer. Kajian dilakukan dan sekitar 75% pengguna komputer ada melaporkan mengenai masalah mata terutama mata yang merah dan pedih. 39% pula dilaporkan memiliki penglihatan yang kabur.

Oleh itu bagi semua pengguna komputer, cuba elakkan dari mengunakan komputer terlalu lama dan cuba rehatkan mata anda selepas sejam menggunakan komputer bagi mengelakkan mata anda dari parah dan menghadapi masalah penglihatan yang serius.

Joey’s World

P/S: Sebarkan lah maklumat ini untuk kebaikan bersama.... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...