Alkisah dalam satu negeri tu..ada laa seorang Raja yang sangat tinggi ego dia. Dah laa tak hensem..sombong pulak tu..! Hampeh..! Di beritakan bahawa Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar luas keseluruh pelusuk negara. Kuda ini memang pandai giler...suruh laa buat apapun mesti dia buat, kalau raja suruh panjat pokok kelapa pun dia panjat..suruh nyanyi lagu Hattan pun dia nyanyi jugak..itu pasal laa Raja ni sayang sangat kat kuda sekor ni! Tapi kuda ni hanya dengar arahan Raja ni sorang jer. Kerana berasa sangat ego, Raja ini telah mengadakan satu pertandingan...jika ada dikalangan rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda ini duduk maka dapat laa hadiah lima ratus dinarseperti yang dijanjikan kepada hamba rakyatnya itu.
Apabila hari pertandingan bermula, maka keluarlah seluruh hamba rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuat kuda itu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...apa lagi, makin ego laa Raja sorang ni! Tiba-tiba muncul entah dari mana kelibat seorang budak lalu menuju kearah kuda itu. Tanpa disangka-sangka kuda itu terus duduk! Maka terkejut beruk laa Raja itu tadi lalu dipanggilnya budak itu seraya Raja itu bertanya:
"Gerangan apakah yang engkau telah buat sampai kuda beta itu duduk wahai budak..?"
Maka dengan selamber jer lagi budak itu pun menjawab,
"Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk..Tuanku!" (senak laa agaknya tu kot..) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yang dimenanginya tadi.
Nak dijadikan cerita..Raja tu tak puas hati laa pulak dengan kejadian tadi. Maka diadakan pula satu lagi pertandingan. Bukannya apa..nak cover malulaa tu...
"Kali ini Beta pasti..sapa-sapa pun takkan dapat menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya.." kata Raja itu didalam hati sambil ketawa sekuat-kuatnya...
Maka sampailah hari pertandingan itu...macam biasa ramailah rakyat jelata yang keluar nak melihat barang siapa laa pulak yang boleh buat kuda tu geleng kepala. Seperti hari yang sebelumnya, dari pagi sampai laa ke petang masih belum ada sapa-sapa yang dapat membuatkan kuda si Raja itu geleng kepalanya...macam kerang busuk Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang laa pulak lagi si budak kecik tu dan bagitau Raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selamba jer Raja tu berkata:
"Cuba laa kalau boleh..Ha Ha Ha Ha Ah Ha Ha... "
Budak ni pun pegi laa kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya...dengan tak semena-mena kuda tu terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Si Raja berasa pelik lalu bertanya:
"Beta sungguh hairan..Beta nak tahu..apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda Beta pun geleng kepala??"
Dengan selamber jer budak tu jawab'
"Nak kena jentik lagi..???"
Joey’s World
P/S: Nak kena jentik lagi ker...muah ha ha ha : )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70
P/S: Nak kena jentik lagi ker...muah ha ha ha : )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70
No comments:
Post a Comment