Friday, May 11, 2012

~plaza tol batu 9 dan batu 11 akan dirobohkan~


PLAZA TOL BATU 9 DAN BATU 11 AKAN DI ROBOHKAN.

KUALA LUMPUR- Syarikat Konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) akan memulakan kerja merobohkan sebahagian Plaza Tol Batu 9 (arah Kuala Lumpur) dan Plaza Tol Batu 11 (arah Kajang) bermula 14 Mei ini. 

Grand Saga melalui satu kenyataan Media memberitahu, kerja-kerja terbabit turut melibatkan penjajaran semula jalan di kedua-dua lokasi berkenaan.

"Kerja-kerja merobohkan dan penjajaran semula jalan dilokasi terlibat dijangka selesai pada 9 Julai 2012". Kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua kerja berkenaan akan dilaksanaan serentak dan akan membabitkan beberapa penututupan di Plaza Tol batu 9 dan batu 11 tertakluk kepada penjadualan trafik semasa.

Sehubungan itu, Grand Saga memohon maaf atas segala kesulitan bakal dialami pengguna lebuh raya dan dinasihatkan mematuhi semua arahan papan tanda keselamatan dan mengurangkan kelajuan ketika menghampiri lokasi terbabit. 

Tambahan kenyataan itu, maklumat terkini berkaitan kerja-kerja berkenaan akan disalurkan melaui papan tanda elektronik dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sagaline di talian 03-907 50505.

Pada 1 Mac lalu Datuk Seri Najib Tun Razak memngumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan 90sen di Batu 11 menghala ke Kajang.
Perna Menteri dipetik berkata, ia merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Dengan itu katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang-alik dilaluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90

Joey’s World

P/S:  Nak dekat Pilihanraya nie...MACAM-MACAM ADA...ALHAMDULILAH.....  :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Mungkin Sesuatu Yang MENARIK Minat Anda ADA DISINI..!!
http://mye-shoppe2u.blogspot.com

Tuesday, May 8, 2012

~Tanda-Tanda Ada Ganguan JIN Di Dalam Rumah~


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

~ Masakan selalu cepat basi ( Rosak)
~ Selalu kedengan seperti bunyi biji-biji Guli jatuh di lantai.
~ Kedengeran seperti ada bunyi orang sedang mengemas atau menarik perabut di tengah malam.
~ Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.
~ Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - (Tahap Pertama)
Cara Mengusir JIN yang berada di dalam rumah.

Jika kita benar-benar yakin bahawa didalam rumah kita ada JIN, maka ada 2 (dua) perkara yang harus kita lakukan:-
1) Hendaklah ada 2 orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai dirumah tersebut bacalah ayat tersebut:
1-*Bacaan ini hendaklah di ulang sebanyak 3 kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan ole Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2- Setelah itu jika kita masih merasakan masih ada sesuatu didalam rumah, maka ambillah satu bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut:-
 Al-Fatehah.
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan /semburkan air tersebut ke seluruh rumah (ikut putaran Kaabah) dan dilarang merenjis/sembur didalam kamar mandi atau tandas. Lakukanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca ayat2 diatas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3- Atau bacakan ayat ini kedalam air.
"Dengan nama Allah, berada di petang hari ini dengan nama Allah yang tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang di ciptakan-Nya, yanh kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada didalam kekuasaan-Mu.
Sesungguhnya Tuhanku berada diatas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan  segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan-syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang , dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para Malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu disetiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa diatas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan pertunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesesatan, kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiadsa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Sumber: Misteri dan Keajaiban Alam. 

Joey’s World

P/S:  ....................................................................... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Mungkin Ada Sesuatu Yg Menarik MINAT Anda Disini:
http://mye-shoppe2u.blogspot.com


Wednesday, April 25, 2012

~ Yang Hebat Hebat Belaka ~


Yang Hebat Adalah :

Kelawar yang hebat ialah :  batMAN
Labah-labah yang hebat ialah :  spiderMAN
Cicak yang hebat ialah :  cicakMAN
Lelaki yang hebat ialah:  superMAN
Perempuan yang hebat ialah : wonder woMAN
Manusia yang benar-benar hebat ialah :  beriMAN

Joey’s World

P/S:  ....................................................................... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Saturday, April 21, 2012

~ Kulit Kayu Manis Ubat Diabetes? ~

kandungan Amorfrutin dalam kulit kayu manis berperanan mengurangkan kadar Gula dalam darah
Sumber: Kosmo! Online

Kulit kayu manis sering digunakan sebagai ramuan untuk menyedapkan makanan namun tumbuhan itu juga mempunyai nilai kerana kerana dikatakan mampu mengubati penyakit diabetes.

Kandungan Amorfrutin yang terdapat didalam kulit kayu manis memiliki bahan anti diabetes. Amorfrutin berperanan mengurangkan kadar gula dalam darahselain menaikkan kebolehan insulin untuk memproses glukosa semasa badan seseorang memproses makanan secara metabolisme.

Pakar Perubatan Institut Planx Bax, Berlin German, Sascha Sauer berkata, kulit kayu manis juga bersifat insulin yang membantu mengurangkan paras glukosa darah dan kolesterol pesakit diabetes.

Joey’s World

P/S:  Info yang baik dan mungkin tidak kita sedari....   :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Friday, April 20, 2012

~ Al-kisah Seorang Raja, Kuda & Budak Kecil ~


Alkisah dalam satu negeri tu..ada laa seorang Raja yang sangat tinggi ego dia. Dah laa tak hensem..sombong pulak tu..! Hampeh..! Di beritakan bahawa Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar luas keseluruh pelusuk negara. Kuda ini memang pandai giler...suruh laa buat apapun mesti dia buat, kalau raja suruh panjat pokok kelapa pun dia panjat..suruh nyanyi lagu Hattan pun dia nyanyi jugak..itu pasal laa Raja ni sayang sangat kat kuda sekor ni! Tapi kuda ni hanya dengar arahan Raja ni sorang jer. Kerana  berasa sangat ego, Raja ini telah mengadakan satu pertandingan...jika ada dikalangan rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda ini duduk maka dapat laa hadiah lima ratus dinarseperti yang dijanjikan kepada hamba rakyatnya itu.

Apabila hari pertandingan bermula, maka keluarlah seluruh hamba rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuat kuda itu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...apa lagi, makin ego laa Raja sorang ni! Tiba-tiba muncul entah dari mana kelibat seorang budak lalu menuju kearah kuda itu. Tanpa disangka-sangka kuda itu terus duduk! Maka terkejut beruk laa Raja itu tadi lalu dipanggilnya budak itu seraya Raja itu bertanya:


"Gerangan apakah yang engkau telah buat sampai kuda beta itu duduk wahai budak..?"
Maka dengan selamber jer lagi budak itu pun menjawab,
"Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk..Tuanku!" (senak laa agaknya tu kot..) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yang dimenanginya tadi. 

Nak dijadikan cerita..Raja tu tak puas hati laa pulak dengan kejadian tadi. Maka diadakan pula satu lagi pertandingan. Bukannya apa..nak cover malulaa tu...
"Kali ini Beta pasti..sapa-sapa pun takkan dapat menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya.." kata Raja itu didalam hati sambil ketawa sekuat-kuatnya...

Maka sampailah hari pertandingan itu...macam biasa ramailah rakyat jelata yang keluar nak melihat barang siapa laa pulak yang boleh buat kuda tu geleng kepala. Seperti hari yang sebelumnya, dari pagi sampai laa ke petang masih belum ada sapa-sapa yang dapat membuatkan kuda si Raja itu geleng kepalanya...macam kerang busuk Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang laa pulak lagi si budak kecik tu dan bagitau Raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selamba jer Raja tu berkata:
"Cuba laa kalau boleh..Ha Ha Ha Ha Ah Ha Ha... "
Budak ni pun pegi laa kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya...dengan tak semena-mena kuda tu terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Si Raja berasa pelik lalu bertanya:
"Beta sungguh hairan..Beta nak tahu..apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda Beta pun geleng kepala??"
Dengan selamber jer budak tu jawab'
"Nak kena jentik lagi..???"

Joey’s World

P/S:  Nak kena jentik lagi ker...muah ha ha ha   : )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Tuesday, April 17, 2012

Niatkan dalam hati 8 perkara ketika berwuduk


Assalamualaikum, 
ketika mengambil wuduk niatkanlah didalam hati.....

1. ketika berkumur, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidah ku ini.."

2. Ketika membasuk muka, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, putihkanlah muka ku di Akhirat kelak..Janganlah kau hitamkan muka ku ini.."

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatkah kamu dengan....
    "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini.."

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, Janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku ini.."

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu.."

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini.."

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.."

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan....
    "Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.."

Sumber: Hamba Allah.

Joey’s World

P/S:  Semoga Bermanfaat      :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70


~ PERHATIAN!! SILA PERIKSA HP ANDA SEKARANG JUGA..!! ~


Ketahuilah satu rahsia yang kita semua tidak pernah terfikir!!
Ikut langkah-langkah tersebut dibawah ini untuk mengetahui status sejauh mana keaslian buatan HP anda:
Sila taip  *#06#
Akan terpapar no. IMEI (International Mobile Equiptment Identity)
semak no IMEI HP anda dikedudukan no 7 dan 8 
..contoh :  IMEI 359199.04.736258.9
..kedudukan 7 dan 8 ialah 04

02 atau 20 : HP anda dari Cina - KUALITI RENDAH!
08 atau 80 : HP anda dari Germany - KUALITI SEDERHANA!
01 atau 10 : HP anda dari Finland - TERBAEK!!
00 atau 03 atau 04 : HP anda dari pengilang asal - TERBAEK!!
13 : HP anda dari Adzerbaijan - Kualiti SANGAT RENDAH & MERBAHAYA!!

Joey’s World

P/S:  Sila SHARE untuk pengetahuan dan kebaikan semua...................    :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...