Sunday, January 15, 2012

KISAH SERAM - DI GANGGU SYAITAN.

KOLEKSI KISAH SERAM.
Kredit To: RiderZR




HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Joey’s World

P/S:  Maka ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu bermohonlah kepada Allah SWT. Janganlah salah guna ayat al-Qur'an dan apabila berdoa jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada Nabi. Renung-renungkan lah!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

HOW LONG DOES IT TAKE TO DECOMPOSE..?


JUST THINK ABOUT THE LIST BELOW BEFORE YOU THROW SOMETHING INTO THE SOIL..

HOW LONG DOES IT TAKE TO DECOMPOSE..
  • PAPER TOWEL.  2-4 WEEKS.
  • BANANA PEEL.  3-4 WEEKS.
  • PAPER BAG.  1 MONTH.
  • NEWS PAPER.  1.5 MONTH.
  • APPLE CORE.  2 MONTHS.
  • CARDBOARD.  2 MONTHS.
  • COTTON GLOVE.  3 MONTHS.
  • ORANGE PEEL.  6 MONTHS.
  • PLYWOOD.  1-3  YEARS.
  • WOOL SOCK.  1-5 YEARS.
  • MILK CARTON,   5 YEARS.
  • CIGARETTE BUTT.  10-12 YEARS.
  • LEATHER SHOES.  25-40 YEARS.
  • TIN STEEL CAN.  50 YEARS.
  • FOAM PLASTIC CUP.  50 YEARS.
  • RUBBER BOOT-SOLE.  50-80 YEARS.
  • PLASTIC CONTAINER.  50-80 YEARS.
  • ALUMINUM CAN.  200-500 YEARS.
  • PLASTIC BOTTLE.  450 YEARS.
  • DISPOSABLE DIAPER.  550 YEARS.
  • MONOFILAMENT FISHING LINE.  600 YEARS.
  • PLASTIC BAG.  200-1000 YEARS.GLASS.  1-2 MILLION YEARS


Joey’s World

P/S:  PLEASE SHARE THIS PEACE OF INFORMATION AS MUCH AS YOU CAN. THIS WILL CREATE AWARENESS AMONGST PEOPLE THAT THIS IS ALSO ONE OF THE REASONS RELATED TO THE GLOBAL GREEN HOUSE EFFECT!    :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

MUFLIS @ BANKRAP...?? Apa Yang Harus Anda Buat..??



Anda perlu call jabatan insolvensi…dan tanya
berapa amaun yg anda diisytiharkan muflis tu
selalu orang muflis tak boleh
1. ke luar negara..passport di tahan (Passport anatarbangsa akan dipegang oleh insolvensi)
2. tak boleh buat loan
3. harta atas nama dia akan diambil untuk tujuan penilaian asset
4. Hanya satu akaun bank dibenarkan dibuka untuk kemasukan gaji tetapi dikawal oleh Jabatan insolvensi
KESAN MUFLIS
Dia kena isi borang iaitu Statement of Affairs then kena isytihar harta yg dia ada, propose how to settle the amount due.
hilang hak utk buat loan, jd pengarah sykt, x blh keluar negara kecuali dpt kebanaran dr Insolvensi, x blh fight case kat mahkamah .
BAGAIMANA PENGIRAAN ? berdasarkan true story
“Begini……… saya hutang RM93,000.00 dengan bank dan telah diisytihar bankrup kerana tak mampu bayar, maka kes itu perlu diselesaikan melalui Jabatan Insolvensi. Saya dah minta kurang dan bank bagi kurang sehingga RM65,000.00 dan jumlah inilah yang diterima pakai oleh Jabatan Insolvensi.”
Beliau menambah lagi, “Sekarang ini aset-aset saya yang telah dipegang oleh insolvensi ialah sebanyak RM11,632.00, oleh itu RM65,000.00 tolak RM11,632.00 aset tunai saya menjadikan jumlah pokok yang saya kena bayar ialah RM53368.00.”
“Persoalan saya, mengapa saya diminta membayar sebanyak RM62,939.00?, dari manakah datangnya lebih bayaran sebanyak RM9,571.00 iaitu bunga riba sekitar 18 persen telah diminta oleh Jabatan Insolvensi.”
Ringkasnya begini,
KOS-KOS PENYELESAIAN
1. Kos Pentadbiran sebanyak RM900.00 hingga ke RM1,500.00
2. Cukai kepada kerajaan bila duit beliau masuk ke Insolvensi akan dikenakan 7 persen. Duit dari mana-mana bank yang masuk ke insolvensi akan dicukai 7 persen, duit dari jualan harta tanah akan dicukai 7 persen, duit hibah bank walau 9.10 akan dikenakan cukai 7 persen juga. Katanya walau 10 sen sekali pun duit yang masuk ke insolvensi akan dikenakan cukai 7 persen. Jadi disini cukai ialah sekitar RM4,550.00 yang mesti ditambah dari hutang pokok.
3. Cukai kepada kerajaan bila duit hendak dibayar kepada bank tempat beliau berhutang akan dikenakan pula 5 persen. Jadi disini cukai yang dikenakan ialah RM3,900.00
4. Lain-lain kos.
Campur semua lebih kurang jadilah jumlahnya RM9,571.00 yang terpaksa ditambah oleh beliau dari jumlah hutang pokok yang ada di Jabatan Insolvensi,namun atas alasan akta Bankruptcy 1967 yang lapuk itu terpaksa lagi cari RM9,571 yang mudah dikira sebagai RM10,000 lagi, selain menjelaskan hutang pokok.
LANGKAH DEMI LANGKAH
LANGKAH PERTAMA- Dapatkan jumlah dibangkrapkan dan JUMPA AKPK (Agensi Kaunseling pengurusan Kredit-mohon jalan untuk kita bergerak sahaja)
LANGKAH KEDUA – Congakkan jumlah nilai aset kita
LANGKAH KETIGA – Buatkan pelan penyelesaian (Pelan A B C D)
LANKAH KEEMPAT – Fikirkan dimanakah sumber terdekat ?
LANGKAH KELIMA – buat proposal pengurangan peratusan cukai di insolvensi
LANGKAH KEENAM – Confirm jumlah yang mampu dibayar dan ia diterima oleh bank
LANGKAH KETUJUH – Kalau ada WANG LEBIH …buat bayaran lebih
credit to cakapduit.blogspot


Joey’s World

P/S:  Semoga Bermanfaat    :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

MICROSOFT WINDOWS 1.0 TO 8.0

1985 WINDOW 1.0

The first version on Microsoft Windows, Window 1.0, with simple and the concept of multi tasking on PC.

1987 WINDOW 2.0

The second version of Windows, Windows 2.0 with some fixes and the Pontrol panel.

 1988 WINDOWS 2.1

The second version of Windows with some additions and some fixes, Windows 2.1, the Paint software is seen in this one!

1990 windows 3.0

The Third version of Windows, Windows 3.0 featuring the File Manager and Programme Manager, replacing the old MS DOS based File and Programme Manager.

1992 WINDOWS 3.1

The later released upgraded version of Windows 3.0 which had support for 32-bit Disk Access, Personalization Option and had the Mine Sweeper game for the first time.

1995 WINDOWS 95

Windows 95 the changed look, the new interface and  the beginning of the form Windows which we see now. Enhanced Graphics and better Communication Programs.

1998 WINDOWS 98

Windows 98, one of the most successful versions of Windows till now, this versions of windows can still be seen in some PC's even today. With extended Softwares, better perfomance, this version was the first milestone in the path of the developement of Windows.

2000 WINDOWS ME

Windows ME or Windows Millenium Edition, though not a very popular version of Windows, but still it had a better tools and perfomance than the previous one in some cases.

2001 WINDOWS XP

Windows XP, the DADDY of all Windows versions, the most popular versions of Windows even today. Windows XP is still used becouse of it unmatched perfomance, tools and interface. This has been the best version till the arrival of Windows 7.

2006 WINDOWS VISTA

Windows Vista, though it did not go so well in the public but still it's a good version of Windows specially for the interface the Windows effect, making the Windows Tranparency work like magic.

2009 WINDOWS 7

Windows 7, the best version of Windows till date, with the new and advance features, such as the superbar, this version of Windows created another milestone for Microsoft after Windows 98 and Windows XP. Windows 7 features an unbeatable user interface and powerful tools that makes it the best among the rest.

2012 WINDOWS 8

Windows 8, to be released in the late 2012. The interface of Windows 8 as seen in D9 conference, a better version of windows as proposed by Microsoft with the changed User Interface.
Credit To: Azhar Abbas.

Joey’s World

P/S:  Hmmmm...which one did you like BEST ??      :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Anak Buang Ibu-Bapa..??

"Apalah Nasib Aku Ini..."
Oleh: Dr. Zainur Rasyid Zainuddin. (Islam Itu Indah)
Setelah hampir 20 tahun saya bekerja di bidang perubatan, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah, apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan juga ada yang dibuang ke surau atau masjid.
Kalau dulu, peerkara yang seumpama ini berlaku dikalangann masyarakat Cina terutamanya dikalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular dikalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam sendiri.

Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibu-bapanya ke rumah kebajikan orang-orang tua. Apa lagi apabila anak-anak yang beragama Islam itu  menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan islam yang menjadi pilihan untuk membuang orang tuannya!
Tidakkah mungkin mereka mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiadakah tempat untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Atau mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan mendapat layanan yang terbaik disana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?

Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti..!!
Kasinilah ibu-bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih sayang dan bersabarlah dengan karenah ibu-bapa yang berada di penghujung usia. 
Sesunguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu-bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud Hadits Rasulullah SAW sebagai peringatan kepada kita dalam adab dan berkasih sayang terhadap ibu-bapa.
"Bukankah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati ibu-bapa kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami," (Hadits riwayat Tabrani.)

Dalam Hadits yang lain, Baginda mengatakan perbuatan menderhaka kepada ibu-bapa merupakan maksiat yang akan dibalas dengan segera di dunia ini! 
"Dua kejahatan yang disegerakan pembalasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu-bapa." Hadits riwayat Tarmidzi.)

Joey’s World

P/S:  Ingatlah Saudaraku, Syurgamu kelak adalah pada redha Ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu..!!!!   :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Saturday, January 14, 2012

BR1M - PEMBAYARAN RM500 LHDN MELALUI VOUCER TUNAI MULAI 15 JANUARI 2012.


Setakat ini, sebanyak 4,123,713 borang telah diterima seluruh negara sehingga 10 januari, Adakah anda tergolong daripada jumlah tersebut? Kalau mengikut perkiraan Kerajaan sepatutnya sejumlah 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

PEMBAYARAN BR1M DALAM BENTUK BAUCAR TUNAI
Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama 2 bulan bermula 15 Januari 2012 dalam bentuk baucar tunai BR1M.

  • Semua pemohon BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) akan dimaklumkan mengenai keputusan melalui pos.
  • Dalam tempoh tersebut, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing berperingkat peringkat berserta tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.
  • Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari 2012 ini. Talian tersebut akan beroperasi mulai jam 9.00pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu.
  • Baucar  tunai RM500 itu juga boleh di tunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh Sah Laku Baucar BR1M adalah sehingga 15 April 2012.
KERAJAAN LANJUT TERIMA BORANG BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Dalam pada masa yang sama kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia selama sebulan iaitu sehingga 10 Febuari 2012 depan:

  • Orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan bantuan itu pejabat Cawangan Hasil Dalam Negeri dan agensi kerajaan yang berkaitan.
  • Pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang di fotostat daripada boang asal selagi formatnya tidak diubah.
  • Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat.
  • Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta boleh juga dimuat turun dari laman web kementerian kewangan www.treasury.gov.com
Joey’s World


P/S:  Anda Sudah Memohon Atau Belum?   :)  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

10 Peringatan Bumi Ke Atas Penghuninya (Manusia)




Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.


Berkata Anas Bin Malik r. a;


Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.


4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.


5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.


6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku


7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.


8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 


9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.


10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.





Joey’s World

P/S:  Renung-renungkanlah............
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...