Tuesday, April 19, 2016

MINi STROKE - KETAHUILAH TANDA-TANDANYA. JANGAN AMBIL MUDAH!!


Semua orang kenal dan tahu apa itu penyakit Stroke atau Angin Ahmar. Ada kemungkinan diantara sanak saudara kita yang terdekat ada yang menghidapinya. Kalau dinegara kita, penyakit ini tersenarai didalam 3 penyakit pembunuh yang paling utama selain jantung dan juga kanser. Akan tetapi, ramai juga yang tidak tahu tubuh akan memberi isyarat bahawa sesorang akan terkena stroke yang dikenali sebagai mini stroke. Mini stroke yang juga dikenali sebagai Transient Ischemic Attacks (TIA) memberikan tanda-tanda yang sama seperti ischemic stroke.


Ia akan terjadi dalam tempoh kurang dari 5 minit sahaja dan tidak akan menyebabkan kerosakan otak seperti stroke. Kajian menujukkan 1 daripada 3 orang yang mengalami stroke juga mengalami gejala mini stroke dahulu dalam tempoh 7 hari sebelum serangan stroke sebenar berlaku.

Namun sayangnya ramai yang ambil endah tak endah dengan gejala ini. Jadi apa kata jika kita mula ambil tahu sedikit tentang gejala-gejala mini stroke ini sebagai persediaan:

1. Tiba-tiba susah untuk bercakap, keadaan ini seperti gagap da sukar mengeluarkan kata-kata.
2. Tiba-tiba sukar untuk melihat, samada terjadi pada salah satu mata atau kedua-duanya sekali secara mendadak.



3. Bingung dan terpinga-pinga untuk seketika, padahal sebelumnya anda aktif dan mudah memahami situasi.
4. Anggota badan mati seketika, yang paling mudah terkena adalah muka, lengan dan kaki secara mendadak. Pesakit akan merasa kebas dibahagian tersebut dan tidak dapat rasakan pergerakan anggota badan.
5. Pening kepala yang bersangatan, padahal sebelumnya tidak ada apa-apa masalah.



6. Tiba-tiba hilang daya kesimbangan badan, pesakit akan terasa sukar nak pusingkan badan kearah yang berlainan, mudah jatuh dan situasi yang menyebabkan pesakit terus tidak boleh berjalan.



Jika anda, ahli keluarga anda atau rakan-rakan anda ada mengalami gejala-gejala seperti ini, bolehlah rujuk terus kepada doktor pakar.

Antara faktor-faktor mendorong kepada mengalami gejala mini stroke atau TIA ini adalah:
Mempunyai penyakit jantung dan ramai yang tidak sedar mereka mengalami penyakit jantung.
Ada anggota keluarga yang pernah mengalami stroke, jadi perlulah berhati-hati walaupun stroke ini bukan penyakit keturunan.
Tekanan darah tidak normal, tekanan darah yang sekejap naik dan sekejap turun. Anda boleh rasa sendiri contohnya jika anda cepat darah gemuruh walau tidak ada apa-apa yang berlaku.


Kolesterol tinggi, berkaitan dengan pemakanan seharian yang mengandungi minyak yang berlebihan. Kurangkanlah sebelum terlambat.
Diabetes, atau sinonim dengan masyarakat kita sebagai penyakit potong/kerat kaki iaitu kencing manis akibat gula berlebihan.
Obesiti, kalau anda pergi rujuk di Institut Jantung Negara, Anda akan dapat lihat ramai pesakit disana adalah obesiti.



Merokok, jangan tunggu dah bersedia baru nak berhenti, Sudah terlantar atas katil wad baru nak menyesal. Memang sudah terlambat!

P/S: Ingat.. Stroke tidak mengenal usia!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...