Friday, December 18, 2015

~ KeLeBiHaN BeSaLaWaT ~

Wajah bercahaya jika berselawat .

Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi sedangdalam perjalanan bermusafir bersama-sama ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia. Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu.

Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya-tanya mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya.

"Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits. "Saya ialah Muhamad bin Abdullah." Mengertilah Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itu ialah Rasulullah . Hatinya sungguh gembira."Ya Rasulullah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?" "Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahandamu."

Setelah diizinkan, Rasulullah pun membuka kain yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?"

"Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan orang lain tidak mengetahuinya.
Tetapi pada waktu malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya."

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang
maha luas itu,Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah  pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat daripada dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat.

Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah  pernah bersabda: "Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.
Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi."

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :
Riwayat Ad-Dailami
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "
Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.
Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.
Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.
Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.
Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.
Jom kita ramai2 bersalawat.. setiap hari.. setiap masa..
P/S: Semoga bermanfaat.. in shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...