Thursday, February 13, 2014

Anda Pernah Alami Gastrik?

Perut anda terasa sakit? Dah makan tetapi rasa seperti belum makan lagi? Kadang-kadang rasa loya, sakit kepala, nak buang air besar, cirit birit dan sendawa yang kerap?
Itu tandanya, perut anda TIDAK sihat dan gastrik sedang menyerang anda.
Apa itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif.
Puncanya ialah daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang juga menjadi penyebab utama kepada ulser perut.
Oleh itu, janganlah kita memandang remeh pada penyakit gastrik ini walaupun ia baru di peringkat permulaan.
Sekiranya ia dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan boleh menyebabkan berlaku pendarahan di dalam perut.
Doktor akan melakukan pemeriksaan OGDS dan sampel tisu akan diambil untuk menentukan samada terdapat jangkitan kuman atau tidak.
Jika terdapat luka, sampel tisu juga akan diambil untuk menentukan samada berisiko menjadi kanser atau tidak.
Cara merawat gastrik ialah dengan mengambil 3 jenis ubat berikut:Antasid
Bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
Berfungsi mengurangkan rembesan asid.Perencat Pam Proton (PP1)
Bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan berkesan, biasanya diberikan kepada pesakit yang mengalami gastrik teruk atau ulser perut.
Selain mengambil 3 jenis ubat tersebut, cara merawat gastrik ialah pesakit perlu mengubah gaya hidup serta menjaga pemakanan supaya dapat mengelak gastrik kembali menyerang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
Berhenti merokok dan minuman beralkohol.Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengahari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan sahur.Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.Hentikan pengambilan ubat tahan sakit.Kurangkan makanan berempah, pedas dan masam.Kurangkan pengambilan kafein dan bergas dalam minuman.
Pengambilan buah KURMA secara konsisten juga merupakan satu cara merawat gastrik kerana dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti King Saud, Saudi Arabia, menunjukkan bahawa bahan ethanolic yang dikeluarkan dari jus kurma sangat boleh digunakan sebagai bahan remedi yang mujarab untuk merawat penyakit gastrik ulser. Ini berkemungkinan disebabkan kurma mempunyai keupayaan sebagai antioksidan.
(rujuk: Al-Qarawi AA, Abdel-Rahman H, Ali BH, Mousa HM, El-Mougy SA.The ameliorative effect of dates (Phoenix dactylifera L.) on ethanol-induced gastric ulcer in rats. J Ethnopharmacol. 2005 Apr 26;98(3):313-7)
Kredit To: http://drzubaidi.com/blog

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
★Jom Buat Duit Dengan Handphone:

★Dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK Untuk Motosikal/Kereta Kesayangan Anda:

★Produk Yg Baik Utk Kesihatan. Terserlah Kelakian:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...