Sumber dari KOSMO.
KUALA LUMPUR. Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baru dengan rekaan wang kertas dan syiling yang menerapkan keunikan Malaysia daripada segi warisan, budaya dan khazanah alam disamping peningkatan ciri-ciri keselamatan berteknologi terkini.
Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 akan diedarkan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 sudah mula berada dipasaran. Wang syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen yang dilancar pada 25 Julai lalu akan berada di edarkan Januari depan.
“ Bagi baru ini, subtrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas denominasi RM1 dan RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas. Siri wang kertas baru ini mengabungkan ciri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi termasuk imej bayang-bayang , tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan nombor yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro.”menurut BNM dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu menyebut, ciri-ciri lain adalah permukaan yang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenal pasti dan membezakan denominasi. Pada bahagian depan wang kertas, kesemua denominasi baru itu mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad; bunga kebangsaan, bunga raya,; nilai mata wang ; perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak penguasa pengeluaran wang kertas dan corak fabrik songket sebagai latar belakang dan bahagian tepi wang bagi menggambarkan seni kraf dan sulaman tradisi negara.
Bahagian belakang pula memaparkan motif-motif berbeza iaitu elemen semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang melambangkan ciri-ciri Malaysia disamping mengekalkan logo BNM, nombor siri, tulisan jawi dan corak sulaman songket.
Denominasi RM1 memaparkan motif wau bulan, RM5 (burung enggang badak), RM10 (bunga rafflesia), RM20 (penyu karah dan penyu belimbing) RM50 (kelapa sawit dan bioteknologi) dan RM100 (Gunung Kinabalu dan mercu batu kapur lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu).
Joey’s World
P/S: ...Menarik...... :)
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
No comments:
Post a Comment