Wednesday, October 23, 2013

Hudud Utk Negara Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 Oktober. - Negara Brunei Darussalam hari ini melakar sejarah besar apabila mengazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Dengan izin Allah juga, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa. Klik untuk meneroka tempat idaman pengembaraan dengan tips Ms.Rosy

“Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai,” titah Kebawah DYMM.
Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah.
Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan ‘Undang-Undang Jenayah Syar’iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’, baginda bertitah, selaku yang datang daripada Allah memanglah wajar dan malah wajib untuk diyakini sebagai mampu untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.

“Undang-Undang Allah disyari’atkan, bukanlah untuk kepentingan-Nya sendiri. Allah sama sekali tidak mempunyai apa-apa hajat, kerana Dia sendiri adalah Maha Sempurna. Yang berhajat itu ialah kita para hamba, termasuk hajat untuk dapat menikmati keadilan dan kesejahteraan,” titah baginda.
Lalu kerana hajat kita itulah, titah baginda, Allah Subhanahu Wata’ala pun dengan segala sifat kepemurahan-Nya telah menciptakan undang-undang untuk kita supaya kita menggunakannya bagi tujuan memperolehi keadilan.
Titah baginda seterusnya, Alhamdulillah dalam sejarahnya, Negara Brunei Darussalam, selaku bumi bertuah tidaklah pernah meminta kebenaran dari sesiapa untuk memilih Islam sebagai Ugama Rasmi Negara.

“Demikian juga, kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syar’iah, demi kerana ia adalah semata-mata ‘hidayat khusus’ daripada Allah kepada kita. Sesungguhnya hidayat itu adalah bulat menjadi hak Allah,” titah baginda.

Namun dengan langkah itu, titah baginda, dasar kita tidaklah berubah, malah selaku warga dunia, kita juga akan terus bersama-sama dengan rakan-rakan kita di mana saja untuk menjalin hubungan lebih mesra dan harmoni yang berpaksikan sikap saling hormat-menghormati.
Baginda menambah titah, Negara Brunei Darussalam sentiasa peka dengan apa jua unsur kebajikan yang kita perlukan, sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain serta terbuka dan menghulurkan tangan kepada siapa saja bagi kerjasama-kerjasama yang bermanfaat serta persefahaman yang bersifat sejagat.
“Inilah Brunei kita, Negara Zikir Melayu Islam Beraja. Kita, adalah melihat kepada semua pihak dengan kaca mata yang bersih lagi putih, tanpa sebarang prejudis. Lalu kerana itu, kita pun juga adalah berhak pula untuk mengharapkan supaya orang lain juga, terhadap Brunei, akan melihat seperti itu,” titah baginda.

Negara Brunei Darussalam, titah baginda, akan konsisten dengan dasar tersebut dan demikian juga bagi kepentingan dalaman, negara akan terus merancang, melaksana dan membangun dengan caranya sendiri mengikut lunas-lunas yang benar yang diredai oleh Allah.
Baginda seterusnya menghargai semua usaha, khasnya oleh mereka yang berkenaan dengan penggubalan dan pembarigaan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, semoga dengan usaha itu, kita semua dan negara akan sama-sama beroleh manfaatnya, berupa keredaan dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
“Beta berharap, sesiapa juga yang berstatus rakyat dan penduduk negara ini, akan sama-sama berdiri teguh dan berganding bahu dalam mendukung dan mengalu-alukan kelahiran Akta yang bersejarah ini. Tidak diragukan lagi, ia adalah sebahagian dari ‘sejarah besar’ kita dan negara,” titah baginda.

Majlis Ilmu 2013 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun membawa tema ‘Undang-Undang Jenayah Syari’ah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua’.

P/S: Bagaimana pula dgn negara kita Malaysia?

Friday, December 14, 2012

Apa itu GDI ?


Global Domain International (GDI) adalah syarikat yang menjalankan urus niaga internet yang menjual nama dotWS (.WS). Ternyata ini adalah yang dikatakan perniagaan internet sejati kerana urusniaga dan produknya memang berkaitan dengan internet, malahan nama domain adalah asas kepada internet.


GDI juga merupakan syarikat #37 yang tersenarai dalam Inc. 500 list of the USA,s 500 Fastest Growing Private Companies dan #5 in the state of California.


Ditubuhkan pada tahun 1999, GDI telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department Of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotws (.ws) ke seluruh dunia.


Terdapat juga beberapa buah syarikat besar yang telahpun bergabung bersama mereka, diantaranya ialah BMW, eBay, Yahoo, Cisco System dan banyak lagi.


Sebelum ini kita telahpun dilanda dengan gelombang dotcom (.com), maka itu pemilik GDI telahpun mencipta pilihan kedua yang lebih mudah iaitu dotWS (.ws), yang bermaksud WebSite.
Gelombang ini sudahpun melanda dunia dan janganlah anda ketinggalan untuk menyertainya. Sekarang ini, sudah lebih 3 billion orang telah sudah boleh mengakses kedalam internet. Data menunjukkan bahawa bilangan semakin bertambah meningkat berpuluh ribu setiap hari.Tetapi hanya 1% sahaja daripada golongan ini yang memiliki website sendiri. Dan pastinya anda sekarang ini berada pada masa yang amat sesuai dan tepat untuk menyertai GDI pada peringkat awal fenomena yang sedang hebat melanda dunia sekarang ini. Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang bakal diwujudkan.


Bayangkanlah, berapa banyak peluang pendapatan yang bakal anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah!

PAKEJ PRODUK GDI


GDI kini memperkenalkan satu pakej unggul yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan hanya serendah USD10 @ RM35 sebulan, anda akan memiliki pakej yang lengkap lagi hebat. Pakej ini merangkumi nama domain, tapak laman web (webhosting), template membina laman web dan akaun email milik anda sendiri. Dengan menjadi ahli GDI, anda sudah memiliki peralatan asas untuk membina laman web yang profesional.
Kaedah bayaran yang diterima adalah melalui Kad Kredit/Kad Debit/Paypal. GDI adalah bidang perniagaan global, sudah pasti mempunyai nilai pasaran yang amat luas. Transaksi kad kredit adalah kaedah pembayaran yang paling efektif dan GDI akan menjamin keselamatan setiap transaksi. Jika anda tidak mempunyai kad kredit atau Paypal, anda boleh mendapatkan kad debit visa maybank dan aktifkan "Maybank Secure Online Shopping" seperti yang diterangkan didalam http://www.gdi-malaysia.info/kaddebit.html 


1) Domain website bebas pilihan anda.
Inginkan website peribadi yang memberi makna kepada anda? Anda masih ada banyak pilihan dengan dot ws , contohnya seperti www.namaanda.ws, www.kedaisaya.ws..atau apa saja..terpulanglah kepada anda!

2) Template Website dan Website Builder.
Anda turut diberi percuma template website yang direka khas secara profesional . Pelbagai rekaan template disediakan disesuaikan dengan apa saja isi kandungan website yang bakal anda bina kelak.
Dengan bantuan Webside Builder anda akan mampu membina website dengan lebih mudah. Anda akan diberi tunjuk ajar langkah demi langkah cara bagaimana membina website yang baik.


3) Email Peribadi.
Anda akan diberi sehingga 10 akaun email yang boleh digunakan  untuk kegunaan peribadi. Anda juga boleh forwardkan email ini kepada email anda yang sedia ada.

4) Web Hosting.
Anda bebas menyimpan data-data untuk dimasukkan kedalam web anda tanpa perlu berkongsi. GDI juga menyediakan servis after sales yang sangat baik untuk kemudahan anda.

5) Independent Affiliate.
Sebagai pengguna dotWS, anda secara automatik layak menjadi Independent Affiliate untuk mempromosikan domain dotWS dan menjana pendapatan yang sangat lumayan. Anda bakal mendapat 2 laman web replika yang boleh digunakan untuk mempromosikan Affiliate GDI anda. 
http://www.freedom.ws/usernameanda
http://www.website.ws/usernameanda




PELUANG PERNIAGAAN GLOBAL.

GDI telah merangka Pelan Pemasaran yang ringkas tapi lumayan. Kesemua bonus ini boleh dicapai oleh sesiapa saja.Dan mereka yang lebih rajin akan akan mendapat bonus tambahan mengikut pencapaian tertentu.

1) Bonus Unilevel. (5 level=50%).
Setiap jualan yang anda taja, anda akan mendapat 10% iaitu USD1 @ RM3.50. Bukan setakat itu saja, GDI akan membayar anda hingga ke level 5 dengan jumlah komisyen 50%.


Ini bermakna anda akan dibayar USD1 untuk setiap seorang yang berada didalam group sales anda iaitu hingga ke level 5. Cuba lihat contoh jika setiap setiap orang berjaya menaja 5 orang pula.


Contoh Pengiraan:

Level 1 ? 5 Affiliate x USD1=USD5
Level 2 ? 25 Affiliate x USD1=USD25
Level 3 ? 125 Affiliate x USD1=USD125
Level 4 ? 625 Affiliate x USD1=USD625
Level 5 ? USD3,905 @ RM13,667.50

Paling menarik, anda akan terus dibayar komisyen USD1 ini pada setiap bulan selagi kesemua mereka membuat bayaran maintenance bulanan sebanyak USD10 untuk pakej produk mereka.
Contoh Bonus Unilevel:


2) Bonus Referral Mingguan ? USD100:
Bonus referral mingguan dikira dalam tempoh isnin - ahad. Anda akan mendapat komisen tambahan USD100* sekiranya berjaya menaja 5 orang dalam masa seminggu.


Nota:
1) Anda perlu membuat pembelian 10 keping cd presentation  GDI yang berharga USD30 melalui akaun GDI  anda sebelum membolehkan anda layak mendapat bonus mingguan.
2) Anda juga perlu menulis testimoni tentang bisnes GDI.
3) Bonus referral akan dibayar melaui Paypal, jika tiada sila daftar di www.paypal.com
4) Oleh kerana kita menetap di Malaysia, GDI mengenakan cas pengantaran DVD sebanyak USD100, Untuk memastikan anda tidak rugi, pastikan anda taja 10 orang dahulu barulah anda beli dvd tersebut!

Contoh Bonus Referral Mingguan:

3) Bonus Heavy Hitter USD5,000:
Jika anda berjaya menaja 1,000 affiliate dalam masa 4 minggu berturut-turut, anda akan mendapat bonus tambahan sebanyak USD5,000.

4) Bonus Infinity Override (level 6 infinity):
Anda boleh mendapat Bonus Unilevel (10%) level 6 sehingga level infinity sekiranya anda berjaya mencapai sasaran berikut pada setiap bulan:
a) Anda menaja 10 affiliate pada level 1
b) 10 affiliate anda menaja 10 affiliate setiap orang.
c) Jumlah affiliate dari level 1 - level 5 = 5,000 orang

Nota: 
Kesemua sasaran ini perlu dicapai setiap bulan untuk membolehkan anda menerima Bonus Unilevel ini setiap bulan. Jadi adakah anda sudah bersedia dan sanggup menyahut cabaran ini?

Jom kita mulakan SEKARANG!












Thursday, November 22, 2012

~ Kenali Brigade Izzuddin al-Qassam ~



Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
“Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan ” Briged Al-Qassam “.
“Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah,” ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
“Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.
“Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan,” katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
“Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa,” kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur – satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: “Tanah ini milik kamu juga.”
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.

Sumber: Islam Itu Indah.

P/S: Allahu Akbar..

---------------------------------------------------------------

http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70
Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!


Thursday, September 13, 2012

~ Lirik Gangnam Style - Hina Islam ~

Sejak akhir-akhir ini kecoh pulak timbul perihal satu video klip yg popular  di Youtube..apa lagi kalau tak bukan GANGNAM STYLE!! Ramai yang dah berkongsi atau "Share" mengatakan bahawa lagu dalam video klip ini mempunyai lirik yang "Menghina Islam". Dikatakan pada mulanya kenytaan tersebut asalnya disebarkan oleh individu yang langsung tidak sukakan lagu Gangnam Style ini dan mencari jalan untuk menjatuhkan lagu tersebut.

Pernah juga sebelum ini timbul isu lagu Gangnam Style ada berhubung kait dengan dakyah Yahudi dan sehingga kini timbul isu Hina Islam pula! Yang menjadi persoalannya sekarang..adakah mereka-mereka ini benar-benar pasti yang lirik dalam lagu berbahasa KOREA ini mengandungi unsur-unsur penghinaan untuk umat Islam. Sekiranya benar sekalipun..apakah bukti-bukti untuk menyokong kenyataan ini? Jikalau sebaliknya pula..adalah dinasihatkan supaya mempercayainya tanpa bukti dan usul-periksa dan dihentikanlah sahaja penyebaran fitnah seperti ini dan buatlah benda-nbenda lain yang lebih berfaedah untuk semua.






Joey’s World

P/S:  Walaupun ramai yg dah tahu lagu ni tiada unsur penghinaan..tapi masih ramai lagi yg percaya dan "Share" dalam Facebook jugak kan..!?  :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Thursday, June 14, 2012

~ Petua Memilih Kawan Dari Imam al-Ghazali ~



Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama:
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang BODOH kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati..

Kedua:
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang JAHAT kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga:
PILIH kawan yang soleh.
Jangan pilih kawan yang FASIK kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat..

Keempat:
PILIH kawan yang BERSEDERHANA.
JANGAN pilih kawan yang TAMAK kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah..

Kelima:
PILIH kawan yang BERCAKAP BENAR.
JANGAN pilih kawan yang selalu BERCAKAP BOHONG kerana akan memusnahkan jiwa..


Joey’s World

P/S:  Kawan..Kaulah MADU dan Kaulah RACUN!!  :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Anda Gemar Window Shopping? Jom Singgah Sebentar..Mungkin Ada Sesuatu Yang Menarik Untuk Anda Disini! Jgn Lupa klik LIKE ya..? :)
http://www.facebook.com/DoubleZVenture

Wednesday, June 6, 2012

~ Berkatilah Umur Dengan 4 Perkara ~


Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?
Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).
Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.
Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah S.A.W ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? lalu Baginda menjawab: “sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sabda Rasulullah ini adalah satu penghargaan besar kepada golongan kurang berkemampuan yang masih bersemangat menghulurkan sedaya upayanya memberikan sedekah kepada orang lain. Inilah keindahan dalam Islam kerana sikap saling membantu dititikberatkan dalam membina masyarakat.
Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka tunggulah kebinasaan umat ini.”
Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Seterusnya, aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati.
Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat.
Justeru itu marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.
By: Tuan Zairah Tuan Mat
Sumber: Islam Itu Indah.
Joey’s World

P/S:  Masa itu berjalan..begitupun usia kita..semoga bermanfaat   :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Anda gemar window shopping..mungkin ada sesuatu yang akan menarik minat anda disini..!!
http://mye-shoppe2u.blogspot.com





Friday, May 11, 2012

~plaza tol batu 9 dan batu 11 akan dirobohkan~


PLAZA TOL BATU 9 DAN BATU 11 AKAN DI ROBOHKAN.

KUALA LUMPUR- Syarikat Konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) akan memulakan kerja merobohkan sebahagian Plaza Tol Batu 9 (arah Kuala Lumpur) dan Plaza Tol Batu 11 (arah Kajang) bermula 14 Mei ini. 

Grand Saga melalui satu kenyataan Media memberitahu, kerja-kerja terbabit turut melibatkan penjajaran semula jalan di kedua-dua lokasi berkenaan.

"Kerja-kerja merobohkan dan penjajaran semula jalan dilokasi terlibat dijangka selesai pada 9 Julai 2012". Kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua kerja berkenaan akan dilaksanaan serentak dan akan membabitkan beberapa penututupan di Plaza Tol batu 9 dan batu 11 tertakluk kepada penjadualan trafik semasa.

Sehubungan itu, Grand Saga memohon maaf atas segala kesulitan bakal dialami pengguna lebuh raya dan dinasihatkan mematuhi semua arahan papan tanda keselamatan dan mengurangkan kelajuan ketika menghampiri lokasi terbabit. 

Tambahan kenyataan itu, maklumat terkini berkaitan kerja-kerja berkenaan akan disalurkan melaui papan tanda elektronik dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sagaline di talian 03-907 50505.

Pada 1 Mac lalu Datuk Seri Najib Tun Razak memngumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan 90sen di Batu 11 menghala ke Kajang.
Perna Menteri dipetik berkata, ia merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Dengan itu katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang-alik dilaluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90

Joey’s World

P/S:  Nak dekat Pilihanraya nie...MACAM-MACAM ADA...ALHAMDULILAH.....  :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Mungkin Sesuatu Yang MENARIK Minat Anda ADA DISINI..!!
http://mye-shoppe2u.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...