Monday, January 6, 2014

~ 7 Contoh Isteri Yang Sering Di Ceraikan ~

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu’ alaihi Wasallam bersabda, ” Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. ” (Riwayat Abu Dawud)
Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.
Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami:
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

★Jom Buat Duit Dengan Handphone:

http://toneexcel.biz/?id=41285

★Dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK Untuk Motosikal/Kereta Kesayangan Anda Disini:

http://www.facebook.com/

Sunday, January 5, 2014

Kiri M.P ... Kanan M.P ....

HR OFFICER:- what is your name?
MUZO:- M.P sir
HR OFFICER:- In full!
MUZO:- Muzo Phiri
HR OFFICER:- your father's name?
MUZO:- M.P sir
HR OFFICER:- what does that mean?
MUZO:- Melvin Phiri
HR OFFICER:- your native place?
MUZO: M.P sir
HR OFFICER:- what's that?
MUZO:- Muchinga Province
HR OFFICER:- what is your qualification?
MUZO:- M.P
HR OFFICER:- (angry) what is thaat?!!!
MUZO:- Mathematics Professor
HR OFFICER:- so why do you need a job?
MUZO:- it is because of M.P sir
HR OFFICER: meaning?
MUZO:- Money Problems
HR OFFICER:- would you explain yourself and stop wasting my time? What's yo personality like?
MUZO: MP sir.
HR OFFICER: and what is that?
MUZO:- Marvelous Personality
HR OFFICER:- I see... I will get back to you.
MUZO:- sir, how was my M.P?
HR OFFICER:- and what's that again?
MUZO:- My Performance.
HR OFFICER:- I think u are an M.P
MUZO:- m.e.a.n.i.n.g?
HR OFFICER:- Mental Patient!!!

P/S: Ha ha..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
★Jom Buat Duit Dengan Handphone:
http://toneexcel.biz/?id=41285

★Dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK Untuk Motosikal/Kereta Kesayangan Anda Disini:
http://www.facebook.com/

Wednesday, December 25, 2013

~NeVeR~

Never Misuse The One
Who Likes You.

Never Say Busy To The One 

Who Needs You.

Never Cheat The One

Who Really Trust You .

Never Forget The One..

Who Always Remember You.

Four Things You Can't Recover :

Ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ

The Stone...after the throw.

Ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ

The Word...after it's said.

Ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒ

The Occasion...after it's missed .

Ƹ̵̡ӝ̵̨̄ʒThe Time...after it's gone.

------------------------------------------------------


Sunday, December 15, 2013

POSITIF ATAU NEGATIF?

Kebanyakan dari kita memang gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Ada kemungkinan, ia disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar diterima, tetapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

Tanda-tanda kurang keyakinan diri :Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit pun tidaklah sekuat mana.Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas.Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut.Menaikkan bahu seolah-olah takut.Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham.Menyorokkan diri di sebalik buku atau surat khabar.Kelihatan hidup di dunianya sendiri, kerana tidak memperdulikan orang lain.
Bukan semua orang mempunyai daya keyakinan pada diri sendiri secara sepenuhnya. Jangan mudah berputus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperoleh keyakinan diri. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk membina keyakinan diri dan seterusnya memperoleh kekuatan dalaman yang akhirnya memberi sinar kebahagiaan dalam kehidupan kita. 

Di antaranya :
1 – Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda
Pastikan ia sesuatu yang boleh anda peroleh seperti belajar memandu atu mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.

2 – Luahkan perasaan takut anda
Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.

3 – Belajar dari pakar
Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus Motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

4 - Cermin diri sendiri
Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depatn cermin sebelum berada di pentas atau sebelum menghadiri temu duga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.

5 – Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh
Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkenyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup. Ke semua mereka ini boleh dijadikan contoh untuk membina daya keyakinan diri kita.

6 – Mendapatkan ‘feedback’ atau tindak balas
Tiada siapa yang tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan ‘feedback’ mengenai perkembangan diri anda.

7 – Berfikiran positif
Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran secara positif dengan meyakinkan diri anda bahawa anda sebenarnya seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan ‘tidak’ dan katakan ‘boleh’. Lama-kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.

8 – Menghargai diri sendiri
Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu. Walaupun caranya bukan mudah, terutama apabila segala yang anda lakukan boleh menyebabkan orang lain berasa marah terhadap anda. Ingatlah, sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan berasa takut dengan orang lain. Ingatlah, ‘nobody’s perfect’. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Kita perlu kuat dalam hidup ini. Kita perlu hidup demi memberi kehidupan dan sinar kebahagiaan kepada orang-orang yang sangat kita cintai. Malam dan siang adalah permainan hari, sedangkan kebahagiaan dan penderitaan adalah permainan hidup.

P/S: Setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya. Renung-renungkan.
Rujukan : Mohd Huzairi Zainuddin [huzairi_z@hotmail.com]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HEBAT! Jom jadikan handphone anda mesin jana pendapatan lumayan:
http://toneexcel.biz/?id=41285

Dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK untuk kereta & motosikal anda:
http://www.facebook.com/rqf4ever

Naik Pulak..?

Apa lagi yg nak naik ni..? Tapi anda jangan PANIK!!
Sebenarnya da dua lagi sumber "kenaikan" yang pasti anda suka..
Nak tahu apa dia? Lets check this out!
http://toneexcel.biz/id=41285
http://www.facebook.com/rqf4ever

Saturday, December 14, 2013

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 
✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilmu jgk. .
Wallahualam
P/S: Org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..
org pertama tulis bismillah ? ?????  Kalau laa anak2 kita tanya mampus nak jawab..so simpan nota nih....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-HEBAT! Jom jadikan handphone kita mesin jana wang:
http://toneexcel.biz/?id=41285

-Anda mahu dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK untuk kereta/motosikal anda?:
http://www.facebook.com/rqf4ever

Thursday, December 12, 2013

Jom Beramal Jariah

Assalamualaikum.
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.
Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini,LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad,LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama:
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)
5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.
6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.
7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)

LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
P/S: Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
HEBAT! Jom jadikan Handphone anda 'Mesin Jana Pendapatan'
http://toneexcel.biz/?id=41285

Ingin dapatkan PENJIMATAN & PENJAGAAN TERBAIK untuk kereta/motosikal kesayangan anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...