Saturday, December 17, 2011

~ LOL! Have You Notice? ~

LOL!! HAVE YOU NOTICE?


Joey’s World

P/S:  LOL...LOL...LOL...LOL...HMMM, NO COMMENT..LOL...LOL...LOL...LOL...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!


Sunday, December 11, 2011

~Tafsir Al-Qur'an~



Surah Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani  (Al-Fatihah  1-1)


 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam  (Al-Fatihah  1:2)


 Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani  (Al-Fatihah  1:3) 


Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)  (Al-Fatihah  1:4)


Engkaulah saja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.  
(Al-Fatihah   1:5)


Tunjukilah kami jalan yang lurus  (Al-Fatihah  1:6)


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.  (Al-Fatihah  1:7)



Friday, December 2, 2011

~ Model Proton Saga Terbaru ~

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.

Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.

“Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang,” kata pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.

PROTON berkata, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.

Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan.

Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

PROTON mensasarkan menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.

PROTON juga berkata, pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.

Pembeli boleh melihat model baru ini di semua bilik pameran PROTON mulai hari ini..

Joey’s World

P/S: Menarik.......  :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
               

~ This Is LIFE ~

Life
In life you will realize that people you meet have a purpose. Some will test you, some would use you, some would teach you and some would bring out the better if not the best in you!! Some may even cause you pain and headache; but one must learn to move on…So let go the people who can’t treat you right and hold on to those who love you back and see your worth..
This is your life. Do what you love, and do it often. If you don’t like something, change it… Stop over analyzing, life is simple… Open your mind, arms, and heart to new things and people, we are united in our differences…. Ask the next person you see what their passion is, and share your inspiring dream with them…. Travel often, getting lost will help you find yourself… Some opportunities only come once, size them… Life is about the people you meet and the things you create with them, so go out and start creating… Life is short. Live your dream, and wear your passion

Joey’s World

P/S: peace to you all...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
               

~ Al-kisah Penebang Pokok Dan Kapak Tumpul ~

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.


Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?”

“Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikan.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.

Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi. Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermuhajadah dengan memperbanyakkan membaca.

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Sumber: H.Metro.

Joey’s World

P/S: ..renung-renungkanlah...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

~ The Difference ~

Do you know? No English Dictionary Has Been Able To Adequately Explain The Difference Between The Two Words - COMPLETE and FINISHED.

Some People Say There Is No Difference Between COMPLETE and FINISHED.

However, There Is A Difference:

When You Marry The Right Woman/Man...You Are COMPLETE.

And When You Marry The Wrong Woman/Man...You Are FINISHED.

And When The Right One Catches You With The Wrong One...

You Are COMPLETELY FINISHED!!


Joey’s World

P/S: ..you see the difference..???  :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Thursday, December 1, 2011

~ Quote Of The Week ~


" When You Change Your Behaviour, You Change Your Perfomance. "
- Author Unknown.

Joey’s World

P/S: " Do Or Do Not, There Is No Try... " - Master Yoda.   :D
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HEBAT!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...