Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera
penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali
sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap
tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh
Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena
nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan
rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk
mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan
taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka
kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu
dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai
oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
“Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah
mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim,
membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat
serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini,
komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya
dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan ” Briged Al-Qassam “.
“Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera
mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah,” ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita
tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
“Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya,
pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid.
Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan
baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar
seperti orang biasa.
“Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu,
kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan,” katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan
dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi
latihan Al-Qassam.
“Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10
minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa
bersedia setiap masa,” kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket
artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001
hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang
dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung
Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima
minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu
membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah
kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan
memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan,
mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan
betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000
orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut
berkumpul dan bersujud syukur – satu amalan penting setiap kali sesudah satu
peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera
Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis
diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti
setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam
mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan
untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan
apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: “Tanah ini milik kamu juga.”
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat
mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar
Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang
daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.
Sumber: Islam Itu Indah.
P/S: Allahu Akbar..
---------------------------------------------------------------
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70
Hebat!! Jadikan Handphone
Anda Mesin Jana Wang!!http://toneexcel.biz/index.php?id=41285
Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com
Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70