Friday, May 11, 2012

~plaza tol batu 9 dan batu 11 akan dirobohkan~


PLAZA TOL BATU 9 DAN BATU 11 AKAN DI ROBOHKAN.

KUALA LUMPUR- Syarikat Konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) akan memulakan kerja merobohkan sebahagian Plaza Tol Batu 9 (arah Kuala Lumpur) dan Plaza Tol Batu 11 (arah Kajang) bermula 14 Mei ini. 

Grand Saga melalui satu kenyataan Media memberitahu, kerja-kerja terbabit turut melibatkan penjajaran semula jalan di kedua-dua lokasi berkenaan.

"Kerja-kerja merobohkan dan penjajaran semula jalan dilokasi terlibat dijangka selesai pada 9 Julai 2012". Kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua kerja berkenaan akan dilaksanaan serentak dan akan membabitkan beberapa penututupan di Plaza Tol batu 9 dan batu 11 tertakluk kepada penjadualan trafik semasa.

Sehubungan itu, Grand Saga memohon maaf atas segala kesulitan bakal dialami pengguna lebuh raya dan dinasihatkan mematuhi semua arahan papan tanda keselamatan dan mengurangkan kelajuan ketika menghampiri lokasi terbabit. 

Tambahan kenyataan itu, maklumat terkini berkaitan kerja-kerja berkenaan akan disalurkan melaui papan tanda elektronik dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sagaline di talian 03-907 50505.

Pada 1 Mac lalu Datuk Seri Najib Tun Razak memngumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 di Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur dan 90sen di Batu 11 menghala ke Kajang.
Perna Menteri dipetik berkata, ia merupakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran yang dikenakan ke atas pengguna lebuh raya yang juga dikenali sebagai Lebuh Raya Grand Saga.

Dengan itu katanya, kira-kira 120,000 pengguna laluan tersebut sebelum ini membayar RM3.80 untuk berulang-alik dilaluan berkenaan selepas ini hanya perlu membayar RM1.90

Joey’s World

P/S:  Nak dekat Pilihanraya nie...MACAM-MACAM ADA...ALHAMDULILAH.....  :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Mungkin Sesuatu Yang MENARIK Minat Anda ADA DISINI..!!
http://mye-shoppe2u.blogspot.com

Tuesday, May 8, 2012

~Tanda-Tanda Ada Ganguan JIN Di Dalam Rumah~


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

~ Masakan selalu cepat basi ( Rosak)
~ Selalu kedengan seperti bunyi biji-biji Guli jatuh di lantai.
~ Kedengeran seperti ada bunyi orang sedang mengemas atau menarik perabut di tengah malam.
~ Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah.
~ Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - (Tahap Pertama)
Cara Mengusir JIN yang berada di dalam rumah.

Jika kita benar-benar yakin bahawa didalam rumah kita ada JIN, maka ada 2 (dua) perkara yang harus kita lakukan:-
1) Hendaklah ada 2 orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai dirumah tersebut bacalah ayat tersebut:
1-*Bacaan ini hendaklah di ulang sebanyak 3 kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan ole Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2- Setelah itu jika kita masih merasakan masih ada sesuatu didalam rumah, maka ambillah satu bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut:-
 Al-Fatehah.
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan /semburkan air tersebut ke seluruh rumah (ikut putaran Kaabah) dan dilarang merenjis/sembur didalam kamar mandi atau tandas. Lakukanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca ayat2 diatas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3- Atau bacakan ayat ini kedalam air.
"Dengan nama Allah, berada di petang hari ini dengan nama Allah yang tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang di ciptakan-Nya, yanh kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada didalam kekuasaan-Mu.
Sesungguhnya Tuhanku berada diatas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan  segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan-syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang , dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para Malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu disetiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa diatas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan pertunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesesatan, kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiadsa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

Sumber: Misteri dan Keajaiban Alam. 

Joey’s World

P/S:  ....................................................................... :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebat!! Jadikan Handphone Anda Mesin Jana Wang!!
http://wowtoneexcel2u.blogspot.com
http://toneexcel.biz/index.php?id=41285

Ketahuilah Kaedah Mudah Singkirkan Toksid Dari Badan..!!
http://doublezfootpatch.blogspot.com

Mahukah Anda Bekerja Secara On-line Dari Rumah & Jana RM100-RM500 Seminggu?
http://www.rmsegera20.com/?r=joeymohd70

Mungkin Ada Sesuatu Yg Menarik MINAT Anda Disini:
http://mye-shoppe2u.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...